Menjadi cahaya selagi mampu.
Memberi cahaya selagi mahu.
Blank.
Idea putus.
Astagfirullah.
Grab phone.
Bukak Instagram. Jumpa quote kat atas.
"Be the light in the darkness"
Mereflect diri sejauh mana telah memberi cahaya pada yang lain. Saat dunia sedang diserang bermacam-macam anasir, menunggu saat dan detik terdengar teriakan sangkakala, sejauh mana diri yang mengerti erti berada dalam cahaya menyebarkan kepada makhluk sekeliling.
"Allah is the LIGHT of heavens and the earth" (An-Nur: 24)
Daie yang mempunyai hubungan dengan pemilik cahaya sahaja yang mampu menyebarkan cahaya.
Daie yang kukuh dan tulus hubungan dengannya dengan Allah sahaja yang mampu menghilangkan gelapnya dunia fitnah dan jahiliyyah.
Jauh dari erti bahagia untuk berada dalam terang seorang diri.
Jauh dari erti gembira untuk memiliki cahaya seorang diri.
Jauh dari erti berjaya jika sudah merasa cukup baik-baik seorang diri.
Tak mudah mendengar kisah-kisah manusia berputus asa dengan hidup.
Jauhnya mereka mengenal Pemilik Cahaya adalah hak mereka untuk kita perkenalkan.
dan kerana itu Allah memilih kita untuk merasai nikmat cahaya dari risalah ini.
kerana cahaya itu cahaya, tiada siapa yang berhak menutup lubang puncanya melainkan Allah.
Maka sebarkanlah cahayamu sang daie.
Marilah menjadi cahaya dalam kegelapan.
Kerana kita juga pernah terngadah tersembam dalam kegelapan.
Quran itu cahaya buat manusia, maka nyalakanlah.
Qiam itu adalah sumbu pelita buat kita, maka hidupkanlah.
Dakwah itu adalah cahaya atas cahaya, maka tebarkanlah..
"Be the change you want to see in the world" - Gandhi
Moga diri ini benar menjadi sang cahaya buat manusia di luar sana.
dan...
Moga diri ini tidak kembali kepada kegelapan yang dahulu.
"Fafirru ilallah (So, flee to Allah)" - (Ad-dzariyyat: 50)
Mastatho'tum.
Menjadi cahaya selagi mampu.
Memberi selagi tahu.
13082015
1736
HAL


0 comments:
Post a Comment