adj.
- easily broken or damaged
- easily destroyed or threatened
- (Of a person) not strong or sturdy; delicate and vulnerable
Source: Google
Dari satu batu ke satu batu melompat mencari posisi yang menarik.
Beach.
Never failed to calm me.
Pandangan jauh dilempar ke lautan luas terdampar.
"Kenapa kau suka sangat pantai.?"
Teringat perbualan lama dengan seorang kenalan.
"Sebab dia bagi aku ketenangan, tak serabut, bila rasa fragile, aku tend to datang sini."
"Kenapa fragile?"
"Hmm, entahlah, hati ni kadang2 mengada, asyik nak rasa sedih je. Padahal bukan apepun"
"Fragile kerana Allah, aku rasa takde masalah tapi jgn layan sgt. Tapi fragile kerana manusia, kau pergi mana pun takleh nak hilangkan perasaan tu. Mana2 pun ada manusia."
Aku senyap. Setuju dalam diam mungkin.
"Tapi, dakwah dan manusia mane boleh berpisah...hmmm, aku wonder kalau Rasulullah fragile, baginda buat ape?"
******
"Dan Kami turunkan Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran) itu hanya akan menambah kerugian." (Al-Isra: 82)
Mungkin ni ubat Rasulullah.
Baginda sedih,
Quran yang ubatkan.
Baginda penat,
Quran yang segarkan.
Baginda sakit,
Quran yang sembuhkan.
Patutlah...
Aku dan quran macam..
Sebab tu asyik rasa fragile.
13102015
ZIM

0 comments:
Post a Comment