"Tugas dakwah tidak MENJADI BETUL pada pendakwah yang memperhitungkan pengorbanan-pengorbanannya kerana tugas pengorbanan dakwah adalah terlalu besar dan tidak tertanggung oleh pendakwah kecuali ia melupakan terus pengorbanan itu kerana dia sedar bahawa segala apa yang dikorbankannya adalah LIMPAH KURNIA Allah belaka." - Syed Qutb
Benar.
Jiwamu penat, jasadmu lelah. Emosimu kacau.
Telah banyak yang dikorbankan untuk jalan ini.
Masa, tenaga, wang, perasaan, fikiran, kerja, pelajaran.
Terkadang.
Jiwa meronta.
Inginkan sedikit penghargaan mungkin. Hanya sedikit.
Ku tahu, balasannya dari Tuhan sahaja.
Tapi aku layak untuk secebis penghargaan bukan?
Atau..
Apakah pengorbanan aku terlalu kecil?
******
Bismillah
Wahai hati.
Istighfarlah.
Bukankah yang layak diagungkan hanya Allah?
"Warabbaka fakabbir
(Dan terhadap Tuhanmmu hendaklah mengagung-agungkanNya)"
Wahai hati.
Istighfarlah.
Bukankah kau kata syurga itu destinasi akhirmu?
"Wadkhuli jannati
(Dan masuklah ke dalam SyurgaKu)"
Wahai hati.
Istighfarlah.
Jika hanya Allah ada dalam dirimu, tiada yang lain akan kau harapakan.
"Ma ja'alallahu li ra ju limmin qolbaini fii jaufih
(Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya)"
Wahai hati.
Kerana terlalu hebat kerosakan dunia hari ini.
Ayuhlah kita kuat.
Kerana dunia ini untuk berpenat, dan syurga untuk kita tenang bersama.
Wahai hati..
Kembalilah kepada Tuhan dengan keikhlasan.
Jangan lemahkan daku dengan keinginan duniawimu.
Teguhkan aku dengan roh rabbani.
Wahai hati,
bantulah aku,
untuk kuat, untuk ikhlas,
untuk sabar, untuk tenang,
untuk sentiasa berbuat,
untuk Tuhan.
Wahai hati.
Allah Maha Melihat,
Allah Maha Mendengar,
Allah sangat hampir,
Wahai hati..
ITTAQULLAH.
"Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana CUKUPLAH Allah menjadi pentadbir urusanmu."
Wakafa billahi wakeela.
Pengorbanan hanya kerana izin Allah.
16082015
2214
ZAJ

0 comments:
Post a Comment